Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2023

Cara Memilih Homestay untuk Keluarga anda

  Mulakan dengan memilih lokasi penginapan yang terbaik untuk percutian anda,  memberi makna yang mendalam kepada percutian anda sekeluarga. Ada pelbagai tawaran yang tuan homestay bakal berikan untuk memikat hati pelanggan, jadi anda perlu melihat yang mana betul-betul akan memudahkan pengalaman cuti keluarga anda, kerana ada tawaran yang memerlukan tambahan cas, jadi pilih lah dengan bijak :)   Tips di bawah ini akan membantu anda untuk merancang pemilihan homestay yang sesuai untuk percutian anda: 1) Lokasi homestay Pilihlah homestay yang strategik atau terletak berhampiran dengan kawasan pelancongan atau lokasi yang anda ingin tuju. Anda boleh menyemak jarak kawasan yang ingin dilawati dengan menggunakan aplikasi Google Maps atau Waze. Jarak yang dekat pasti dapat menjimatkan masa dan kos minyak anda. Pintu Masuk ke Homestay Tulip Hijau Tulip Hijau Homestay terletak di Bandar Bukit Sentosa, Rawang dan berhampiran  dengan pelbagai kemudahan bandar seperti Dewan Komuniti, Masjid As-