Skip to main content

Cara Memilih Homestay untuk Keluarga anda

 

Mulakan dengan memilih lokasi penginapan yang terbaik untuk percutian anda,  memberi makna yang mendalam kepada percutian anda sekeluarga. Ada pelbagai tawaran yang tuan homestay bakal berikan untuk memikat hati pelanggan, jadi anda perlu melihat yang mana betul-betul akan memudahkan pengalaman cuti keluarga anda, kerana ada tawaran yang memerlukan tambahan cas, jadi pilih lah dengan bijak :)  
Tips di bawah ini akan membantu anda untuk merancang pemilihan homestay yang sesuai untuk percutian anda:

1) Lokasi homestay

Pilihlah homestay yang strategik atau terletak berhampiran dengan kawasan pelancongan atau lokasi yang anda ingin tuju. Anda boleh menyemak jarak kawasan yang ingin dilawati dengan menggunakan aplikasi Google Maps atau Waze. Jarak yang dekat pasti dapat menjimatkan masa dan kos minyak anda.

Homestay Tulip Hijau
Pintu Masuk ke Homestay Tulip Hijau



Tulip Hijau Homestay terletak di Bandar Bukit Sentosa, Rawang dan berhampiran  dengan pelbagai kemudahan bandar seperti Dewan Komuniti, Masjid As-Salam, 
Tasik Widuri, Kelab Golf Bukit Beruntung dan pelbagai restoran menarik untuk keluarga anda terokai. Homestay ini juga terletak berhampiran dengan pusat membeli belah seperti Lotus's, Aeon Rawang, Anggun City, NSK dan banyak lagi.


Aeon Rawang



2) Jumlah ahli rombongan

Kenal pasti kapasiti atau bilangan ahli keluarga/rombongan yang akan mengikuti percutian tersebut. Dari itu, anda akan dapat menentukan jenis penginapan yang bakal dipilih samada tinggal di hotel, asrama atau homestay.

Homestay Tulip Hijau mempunyai 4 bilik dan 3 bilik air. Dua dari bilik-bilik ini dilengkapi 2 buah katil queen dan Dua bilik lagi dilengkapi katil single. Kami juga menyediakan  tilam dan bantal tambahan untuk keselesaan keluarga yang besar.

Bagi rombongan atau pelanggan yang memerlukan lebih dari sebuah homestay, di kawasan sekita ini juga mempunyai beberapa pemilik homestay lain yang turut menawarkan harga dan servis menarik.


3) Kemudahan yang disediakan

Pastikan homestay yang dicari mempunyai pelbagai kemudahan yang  sesuai dengan keperluan keluarga anda. Terutama sekali bagi percutian keluarga yang panjang. Anda boleh berbincang dengan pemilik untuk melawat terlebih dahulu homestay berkenaan bagi melihat keadaan sebenar homestay sebelum membuat tempahan. Adakalanya foto yang diberikan adalah berbeza dengan keadaan sebenar kerana tidak dikemaskini. Pastikan segala kemudahan berfungsi dan dalam keadaan baik.

Masjid As-Salam, Bukit Sentosa
Masjid As-Salam Bukit Sentosa


Homestay Tulip Hijau ada menyediakan penyaman udara (Air Conditioning) dan juga pemanas air ( Water heater) demi keselesaan tetamu homestay. 

Nak masak yang simple? boleh saja, kami sediakan induction cooker untuk anda, pembakar roti dan water dispenser Cuckoo pun tersedia untuk tetamu Tulip Hijau.

Mini-pool (kolam renang) pun Homestay kami sediakan atas permintaan. Nak lekakan anak-anak, request sahaja pada kami dan Tulip Hijau akan pasangkan dengan Percuma untuk tetamu. 

Homestay ini menyediakan seterika, iron board, sejadah dan telekung. Jika anda ingin ke masjid, hanya 5 minit pemanduan sahaja ke Masjid Assalam Bukit Sentosa. solat 5 waktu kerana homestay ini terletak hanya 50 meter ke masjid.
 


4) Buat perbandingan 

Tetapkan bajet dan buat kajian sebelum menempah homestay. Anda boleh membuat carian di dalam Google, Yahoo, Mudah, Facebook atau boleh juga melayari portal tempahan seperti www.booking.com, www.airbnb.com. Senaraikan seberapa banyak pilihan yang ada dan buat perbandingan. Sesetengah homestay ada mengadakan promosi pada tempoh-tempoh tertentu dan memberi diskaun jika menyewa dalam tempoh yang panjang. Semak "reviews" atau comments pelanggan yang lain bagi melihat prestasi homestay dan tahap kepuasan pelanggan.

5) Fahami syarat-syarat tempahan

Setiap homestay mempunyai polisi atau syarat yang berbeza-beza. Sesetengah pengusaha homestay mengenakan Cagaran (Cleaning Fee) dan Deposit (Booking Fee). Cagaran merupakan jaminan oleh pelanggan bagi memastikan kemudahan yang disediakan di homestay dijaga dengan baik, tidak dirosakkan atau dihilangkan serta memastikan homestay tidak terlalu kotor. 

Deposit sebanyak RM100.00 pula adalah perjanjian tanda jadi antara pelanggan dan pemilik homestay bagi menempah tarikh yang telah dipersetujui. Ini membolehkan kami menutup tempahan dari penyewa lain pada tarikh yang sama. Pelanggan berisiko kehilangan deposit jika membatalkan tempahan di saat akhir, kurang 48jam. Tapi bincang-bincang masih boleh lagi :)

6) Kebersihan, Keselesaan & Jaminan Keselamatan

Pastikan homestay yang dipilih adalah selesa, bersih dan selamat. Periksa cadar, sarung bantal dan selimut semasa anda memasuki homestay berkenaan. Anda berhak meminta supaya cadar, selimut atau sarung bantal ditukar jika dalam keadaan kotor. Pemilik homestay haruslah memastikan peralatan berkenaan disalin dan dicuci setiap kali bertukar pelanggan.

Sebaik-baiknya, pilihlah homestay yang dikelilingi pagar. Ini memastikan kenderaan anda dalam keadaan selamat dan anda sendiri dapat menginap dengan tenang. . Homestay Tulip Hijau ini boleh muatkan 1 tempat letak kereta didalam dan 1 diluar pagar. Tambahan kereta masih boleh parking sepanjang jalan sekiranya masih ada kekosongan.



Inilah dia sedikit sebanyak tips dalam memilih homestay untuk percutian keluarga anda, saya harap dapat membantu anda mencipta pengalaman yang seronok dan bermakna untuk anda sekeluarga.

Comments

Popular posts from this blog

Video tour Tulip Hijau Homestay

Susah nak bayangkan macam mana rupa homestay ni kan, kalau hanya gambar je yang ada. Admin kami dah sempat rakam video untuk bakal tetamu tengok dalam homestay ini :) Sebarang pertanyaan boleh terus Whatsapps ke wakil kami :)

Hai dari Bukit Sentosa

 Salam dan Hi! Ribuan terima kasih kami ucapkan pada anda kerana singgah ke blog kami. Tulip Hijau nama diberi oleh pengasas, berpusat di Bukit Sentosa Rawang ☺ Kami membantu mereka yang ingin datang bertandang untuk majlis perkahwinan atau pertunangan mahupun menziarah saudara-mara di Bukit Beruntung atau Bukit Sentosa dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa, mencukupi dan memuaskan hati mereka.  sebarang persoalan tentang tempat kami, boleh terus klik ke Whatsapp kami